9:33 pm - Wednesday February 21, 2018

10 maut dalam serangan di Afrin, Syria

ypgafrin.transformedMO, 21/1/2018, BEIRUT: Serangan di wilayah Afrin, utara Syria semalam mengorbankan 10 orang, kebanyakannya penduduk awam, kata seorang jurucakap militia Kurdis.

“Tujuh penduduk awam terbunuh termasuk seorang kanak-kanak, dua pejuang wanita dan seorang lelaki,” kata jurucakap Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) di Afrin.

Katanya, kanak-kanak lelaki yang terbunuh berusia lapan tahun.

Sementara itu, cawangan politik YPG, Parti Demokratik Kurdis (PYD) berkata awal semalam bahawa 25 penduduk awam dilaporkan cedera dalam insiden pengeboman di Turki.

Ankara juga berkata ada mangsa yang terbunuh, namun semuanya adalah militan Kurdis.

Afrin, sebuah kawasan berbukit yang terletak di Aleppo dekat wilayah utara Syria dengan lebih sejuta penduduk termasuk keluarga yang melarikan diri dari peperangan.

Turki dan sekutu pemberontak Syria, semalam melancarkan operasi udara dan darat dikenali sebagai ‘Olive Branch’ bertujuan menyingkirkan YPG dari kawasan diduduki majoriti penduduk Kurdis.

 

– AFP

Filed in: Luar Negara, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen