4:36 am - Sunday July 23, 2017

1,500 PKS untuk platform AliBaba

download (60)MO, 19/5/2017, KUALA TERENGGANU –¬†Sebanyak 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dikenal pasti untuk disenaraikan dalam platform e-dagang yang terkenal, AliBaba.com. menjelang akhir tahun ini.

Pemilihan bermula pada 1 Oktober ini meliputi PKS di seluruh negara yang layak dan produk yang pelbagai. Proses pemilihan akan dibuat oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp), Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Penyenaraian di dalam AliBaba.com akan menggunakan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) sebagai platform pemasaran mereka. Pelaburan Ali Baba akan menjadi pemangkin yang cukup penting untuk melonjakkan pencapaian PKS negara dalam usaha menembusi pasaran luar. Kerajaan dalam peringkat akhir merangka akta untuk memperkasakan PKS yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang untuk membangunkan PKS dengan lebih teratur, terutamanya dalam pengumpulan data.

Filed in: Ekonomi, Luar Negara, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen