3:24 pm - Tuesday April 22, 3924

2 maut tertimbus dalam kejadian jalan raya runtuh

13_marudu.transformedMO, 12/1/2018, KOTA MARUDU – Dua lelaki maut ditimbus tanah selepas motosikal dinaiki terjatuh dalam kejadian jalan raya runtuh di Kilometer 36, Jalan Marak Parak/ Ranau, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jaimin Bien, 46, dari Kampung Tandahawon dan Edmon James, 22, dari Kampung Melangkap.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

Katanya, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Jaimin dilaporkan terjatuh dalam runtuhan berkenaan, sebelum kedua-dua mangsa ditimbus tanah.

“Anggota polis bersama bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bergegas ke tempat kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh pihak bomba,” katanya di sini, hari ini.

Filed in: Nasional, Negeri Di Bawah Bayu, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen