3:13 pm - Sunday December 15, 6047

249 remaja ditahan dalam Op Khas Sukan SEA

39ad6969-14a9-43a7-b983-e41c1e5ba4ca.transformedMO, 13/8/2017, KUALA LUMPUR – Seramai 249 remaja dan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun ditahan dalam Op Khas yang dijalankan sempena temasya Sukan SEA ke-29 di sekitar KLCC, semalam.

Operasi yang bermula jam 3 petang membabitkan empat pegawai dan 70 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, operasi dibuat susulan aduan dan maklumat mengenai kehadiran kumpulan remaja yang dikatakan mengganggu keselamatan orang awam terutama pelancong di sekitar kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata  hasil pemeriksaan ke atas kumpulan remaja terbabit, pihaknya merampas tujuh bilah pisau dan satu buku lima yang disyaki digunakan mereka untuk melakukan kegiatan jenayah selain satu biji pil Erimin 5. Turut ditemui adalah sepaket dadah disyaki jenis syabu.

Operasi ini akan diteruskan dan diperluaskan ke kawasan lain dalam Daerah Dang Wangi terutama di Bukit Bintang kerana kawasan itu turut menjadi tumpuan pelancong bagi mewujudkan suasana aman terutama menjelang temasya Sukan SEA tidak lama lagi.

Kesemua 166 remaja lelaki dan 83 perempuan yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi bagi tujuan dokumentasi dan ujian air kencing. Semakan akan turut dibuat bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka terbabit dengan kegiatan jenayah sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen