12:14 pm - Tuesday January 23, 2018

3 bayi perlu dana rawat jantung berlubang

10dualo.transformed 10bantua.transformed 10bantus.transformed

MO, 9/1/2018, KUALA LUMPUR – Dua bayi perempuan dan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan hingga satu tahun, masing-masing memerlukan RM60,000 dan RM50,000 untuk membayar kos pembedahan serta rawatan jantung berlubang.

Nor Aleeyah Sayeeda Azril dan Hannah Ong Zi Han, kedua-duanya berusia satu tahun, kini ditempatkan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur dan perlu menjalani pembedahan segera.

Ibu Nor Aleeyah Sayeeda, Noor Syafiqah Samsulbahri, 26, berkata anaknya dikesan menghidap penyakit itu empat hari selepas dilahirkan.

“Selepas empat hari dia lahir, doktor sahkan terdapat lubang pada jantungnya dan saluran injapnya juga sempit,

“Selain masalah jantung, lelangit mulutnya turut sumbing. Selepas pembedahan jantung nanti, pembedahan akan dilakukan bagi memulihkan pula lelangitnya.” katanya ketika ditemui, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Ong Hun Boon, 39, bapa kepada Hannah yang berkerja sebagai pekerja landskap mahu melihat anak sulungnya itu membesar seperti kanak-kanak lain.

“Hannah didiagnos menghadapi masalah jantung berlubang ketika dia berusia lima bulan dalam kandungan.

“Selepas dilahirkan, kami dapati dia sukar untuk bernafas secara normal, selain kurang aktif seperti bayi seusianya.” katanya.

Sementara itu, bayi lelaki, Shailendra Bahadur Lachamanan, tiga bulan, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), di hopital sama, memerlukan RM50,000 untuk pembedahan jantung.

Bapanya, Lachamanan Teck Bahadur, 34, berkata  keluarganya tidak mampu untuk membayar kos pembedahan anak keduanya itu.

“Saya hanya seorang pemandu lori dan isteri suri rumah sepenuh masa. Pendapatan kami sekeluarga tidak cukup untuk menampung kos pembedahannya.” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu, boleh salurkan sumbangan menerusi cek atas nama Tabung Kebajikan Media Prima NSTP, dengan nama bayi di belakang cek.

Alamatkan ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau ke akaun Maybank bernombor 5141-0532-3170.

Filed in: Kesihatan, Nasional, Topik Pilihan

Trackbacks/Pingbacks

  1. 3 bayi perlu dana rawat jantung berlubang | LiputanKini - January 9, 2018

    […] Source link […]

Tinggal Komen