Dengan pengecualian dasar kabotaj itu, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo antara Semenjanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dan dengan pengeculian itu, tidak ada lagi isu yang dikatakan ramai pihak sebelum ini yang menyebut bahawa dasar kabotaj menjadi punca kenaikan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kerajaan Persekutuan komited untuk menepati janjinya menambah bilangan rakyat Sabah bagi mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan di negeri ini seperti diumumkannnya sebelum ini. Sebagai contoh, ketika mengumumkan komitmen itu beberapa tahun lalu, hanya 72 peratus guru-guru di Sabah adalah terdiri daripada rakyat Sabah dan kini jumlahnya telah bertambah kepada lebih 80 peratus.