Pameran itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Mei diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas. Sambutan Hari Belia 2017 itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, esok. Kementerian Belia dan Sukan negeri menyasarkan kira-kira lima hingga 10,000 belia akan hadir ke pameran berkenaan yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian, peluang pekerjaan dan keusahawanan. Para belia diharap tidak melepaskan peluang untuk hadir ke program ini kerana pelbagai agensi kerajaan, swasta, pusat kemahiran dan keusahawan turut serta dalam pameran ini. Melalui program ini, para belia akan mendapat manfaat sekali gus membuat peluang untuk meneroka pasaran kerja atau bidang keusahawanan.