12:23 pm - Sunday October 26, 2014

4 Bakal Digantung Atas Tuduhan Membunuh

*Foto Sinar Harian

MO,JASIN,4/1/2013- – Empat lelaki termasuk dua penjawat awam dan seorang pengawal keselamatan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan membunuh seorang pekerja kedai tayar, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari keempat-empat mereka, Abdul Razak Sha’ari, 27, Norizan Abd. Rahman, 26, Shahril Nizam Abdollah, 30, dan Mohd Ramza Salim, 37.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa mencapai niat bersama melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian Mohd Fazrinnizam Ramli, 25, di sebuah rumah di Jalan Tamban, Taman Merlimau Baru, dekat sini, antara jam 6.30 pagi dan 10.30 pagi pada 18 Disember lalu.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof di hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff. Manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Andrew Loundres.

Siti Suriatey kemudian menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebu-tan semula kes – (Dipetik daripada Sinar Harian)

Filed in: Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen