4:39 am - Sunday July 23, 2017

5,000 Sertai Quran Hour Di Putrajaya

quran
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) hari ini bergema dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada lebih 5,000 umat Islam yang menyertai program Malaysia #QuranHour (My #QuranHour) atau Sejam Bersama Al-Quran.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke MTMZA bagi menzahirkan sokongan baginda kepada program My #QuranHour. Program itu yang bermula jam 12 tengah hari, masuk tahun ketiga penganjurannya tahun ini.
Ia adalah anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dan turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Dakwah Negara (MDN), MTMZA dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai rakan strategik.
Ketua Pegawai Eksekutif WUI, Marhaini Yusoff, berkata lebih menarik tahun ini buat julung kalinya 14 agensi media cetak dan elektronik termasuk Kumpulan Media Prima Bhd turut bersama-sama menjayakan program ini.
Katanya, peserta turut terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang termasuk golongan agamawan, pemimpin masyarakat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar dan komuniti.
“Tujuan utama penganjuran My #QuranHour adalah kempen mengajak orang ramai meluangkan masa membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu jam selama 365 hari setahun di mana saja.
“Selain itu, kempen ini adalah untuk menggalakkan setiap individu untuk baca, faham dan mengamalkan nilai yang terdapat dalam al-Quran dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.
Filed in: Agama, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen