3:02 am - Saturday June 24, 2017

MEGAWATI PUJUK TUN DR MAHATHIR ?

 

mega

Gambar Hiasan

  1. INSIDEN plakad semasa Kongres Nasional PKR minggu lalu menunjukkan Tun Dr. Mahathir (Tun M) adalah seorang pemain politik bertaraf tinggi. PKR tersilap jika berfikiran mereka boleh memerangkap Tun M supaya turut sama mengangkat plakad itu dan berharap ianya diterjemahkan sebagai sokongan Tun M kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar) sebagai Perdana Menteri Ke-7.
  1. Sebijak-bijak PKR mahu memanupulasi Tun M, bijak lagi Tun M. Daripada awal hingga akhir, Tun M tidak pernah menyatakan bersetuju Anwar menjadi PM ke-7. Sebenarnya, saya tidak terkejut jika Tun M akan kembali semula kepada UMNO dan seterusnya membubarkan Parti Pribumi (PPBM). Ianya pernah berlaku ke atas Parti Negara, Parti Semangat 46, Parti AKAR dan tidaklah mustahil PPBM pun.
  1. Jika Tun M mengangkat plakad itu, membawa maksud Anwar tidak bersalah dalam kes tuduhan ke atas Anwar pada tahun 1998 dahulu. Juga boleh membawa makna semua pertuduhan ke atas Anwar pada zaman Tun M adalah rekaan politik semata-mata. Sepatutnya jika Tun M benar-benar bersama PKR dan PH, Tun M bersihkan sahaja nama Anwar dengan menarik balik tuduhan ke atas Anwar dahulu sebagai konspirasi politiknya sahaja. Namun, sanggupkah Tun M melakukannya?
  1. Namun, ada orang bercakap kononnya Tun M masuk ke dalam kem pembangkang untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri dari dalam? Anda tafsirkanlah sendiri. Dalam usia Tun M sekitar 92 tahun dan Anwar 70 tahun, kedua-duanya masih mewarnai politik Malaysia.
  1. Jelmaan watak ‘Tun Razak’ diperlukan jika mahu membawa semula Tun M masuk ke dalam kerajaan atas nama perpaduan. Pada tahun 1974, Tun Razak berjaya membawa Tun M dan PAS menyertai UMNO dan BN. Pada masa sekarang, belum nampak sesiapa tokoh dalam negara yang boleh membawa semula Tun M menyertai semula UMNO dan BN. Barangkali tokoh dari luar negara? Barangkali dia itu ialah Megawati Sukarno! Saya mendapat tahu kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat akrab.
  1. Pada tahun 2013, Anwar dan Najib hampir bersatu dalam usaha rekonsiliasi. Pak Jusuf Kalla berkata kepada saya, bahawa saya telah melakukan kesilapan dalam usaha menyatukan kedua-dua tokoh tersebut, ianya hampir-hampir berjaya. Namun, bagi saya ketika itu, keutamaan saya telah berjaya memelihara negara saya Malaysia.
  1.   Ada orang berkata, kemarahan Tun M kepada UMNO dan Kerajaan tidaklah 100% dan tidak bersungguh-sungguh. Parti Pribumi hanyalah platform bersifat sementara sahaja. Tun M tahu orang-orang Melayu masih majoriti kepada UMNO. Rafizi sendiri dalam kaji selidik kumpulannya yang terbaharu mencatat UMNO-BN masih mendapat 41% sokongan rakyat. Itu tidak termasuk rakyat Sabah dan Sarawak.
  1. Oleh itu, jika Tun M membubarkan PPBM beberapa hari sebelum mengundi dalam PRU14 nanti bukanlah luar biasa dan tidak pernah berlaku. Pada tahun 1990, seminggu sebelum hari pembuangan undi PBS telah keluar daripada BN, tetapi pada tahun 2002 menyertai semula BN pun selepas pertemuan dengan Tun M.9. Bagi yang mengenali perjalanan politik Tun M sepanjang 1945 (NGO Saberkas) sehingga 2017, adalah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi Tun M menolak dan menerima semula, keluar dan masuk semula dan sebagainya. Semasa Tun M dihantar sebagai doktor perubatan di Pulau Langkawi dahulu, Tun M menulis surat kepada Kerajaan untuk dipindahkan ke tanah besar Kedah. Bagi Tun M, negara menjadi keutamaan, bagi kita semua pun negara dan rakyat juga menjadi keutamaan.KLIA-Bangkok.

sumber

Filed in: Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen