3:13 pm - Tuesday December 16, 2290

‘Bukan Beras Plastik’

14bukan.transformed

 

MO, 16/6/2017, JOHOR BARU –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menolak dakwaan di laman sosial baru-baru kononnya beras plastik dijual di sebuah pasar raya, di sini.

Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok, berkata susulan kenyataan seorang pengguna yang mendakwa membeli Beras Wangi Siam lima kilogram (kg) jenama pasar raya disyaki beras plastik, siasatan dibuat pada Rabu minggu lalu.

“KPDNKK Johor sudah mengambil keterangan pengurus cawangan dan penjaga stor, selain memperoleh maklumat serta dokumen berkaitan punca beras itu dibungkus termasuk sampel beras jenama sama diambil untuk dianalisis.

“Hasil laporan daripada Jabatan Kimia, KPDNKK Johor Khamis lalu mendapati isi kandungan sampel beras yang dihantar adalah beras asli dan tiada bendasing (plastik) dikesan.

“Ini dengan sendirinya menolak isu beras yang menjadi viral di media sosial dan pengguna tidak perlu resah terhadap beras yang disyaki diperbuat daripada plastik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khairul Anwar berkata, pengguna dinasihatkan merujuk terus kepada KPDNKK bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesahihan maklumat sesuatu barangan.

Katanya, KPDNKK turut menyediakan pelbagai platform bagi pengguna membuat aduan seperti hotline 1-800-886-800 atau eaduan.kpdnkk.gov.my. atau terus hadir ke Pejabat KPDNKK Johor.

Filed in: Kesihatan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen