3:08 pm - Friday October 20, 1848

Akta Keselamatan Siber Akan Dibentang

07_cropped.transformed_4
MO, 9/6/2017, JOHOR BAHRU – Akta Keselamatan Siber bagi mengekang pelbagai ancaman jenayah siber termasuk perjudian atas talian akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau juga sudah menyerahkan draf berkaitan akta berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara, semalam. Katanya, beliau turut mengadakan mesyuarat Keselamatan Siber di Kuala Lumpur, semalam.
“Perkara ini sudah saya bincangkan bersama Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan draf mengenainya juga sudah diserahkan, semalam.
“Pejabat Peguam Negara akan meneliti draf berkenaan sebelum ia dapat dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meluangkan masa hampir 30 minit melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini, hari ini. Beliau turut melawat Pusat Sehenti Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-BIKE) di bangunan berkenaan.
Katanya, memandangkan Keselamatan Siber di bawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara (MKN) maka pembentangan akta berkenaan akan dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri.
“Yang penting bukan sahaja pembentangan akta berkenaan, tetapi usaha atau fokus yang diberikan untuk menangani jenayah siber termasuk mencari ahli untuk kumpulan pengganas, pemberian dana bagi membiayai kumpulan pengganas dan juga perjudian atas talian,” katanya.
– Berita Harian
Filed in: Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen