3:13 pm - Sunday December 16, 2232

Alif Satar Teruja Jadi Hero Neelofa

alif-satar-cepat-angin-panas-baran-1

Alif Satar akui teruja apabila bakal digandingkan dengan Neelofa sebagai pelakon utama untuk sebuah drama bersiri Red Velvet.

Lebih teruja Alif memberitahu Red Velvet sebuah drama yang mempuyai jalan cerita yang lebih menarik dan berkualiti.

“Masa mula-mula ditawarkan itu saya dengar Neelofa yang mahukan saya bergandingan dengannya dalam drama ini.

“Sebenarnya saya tidak kisah dengan siapa saya berlakon asalkan saya dapat naskah yang mempunyai kualiti.

“Setelah membaca skrip dan tahu jalan ceritanya saya rasa drama ini mempunyai kualiti tersendiri dan menarik untuk diketengahkan.

“Apa-apa pun saya teruja untuk melakukannya kerana sudah tiba masanya kita tampil dengan drama berkualiti serta orang-orang yang berkualiti di kaca TV,” katanya kepada Astro Gempak.

Red Velvet akan ditayangkan di slot Mega Drama iaitu slot sama bagi drama Suri Hati Mr. Pilot lakonan utama Neelofa dan Fattah Amin.

Alif dan Neelofa dijadulakan bakal menjalani penggambaran drama Red Velvet untuk saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) itu bermula selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Filed in: Hiburan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen