12:17 pm - Tuesday January 23, 2018

Audit: Pertama kali 25 kementerian capai taraf lima bintang

220px-LOGO09

MO, 3/8/2017, PUTRAJAYA –┬áLaporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 merupakan kali pertama kesemua 25 kementerian mendapat penarafan lima bintang, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

“Kesemua kementerian mencapai lima bintang ini bukan satu perkara mudah. Ini boleh dikaitkan dengan ketua setiausaha untuk pastikan kepatuhan,” katanya dalam Sesi Bersama Media Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 di sini hari ini.

Pada 2015, katanya, hanya 16 kementerian yang mendapat penarafan lima bintang.

Sembilan kementerian yang tidak mendapat penarafan lima bintang pada 2015 ialah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Kementerian Luar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen