3:08 pm - Friday October 20, 1550

Bajet 2018 Pertingkat Pendapatan & Keperluan Rakyat

malaysians

MO, 15/6/2017, KUALA LUMPUR – PM mahu usaha pembangunan di negara ini bukan hanya tertumpu pada pembangunan fizikal dan ekonomi, sebaliknya lebih berteraskan rakyat.

DS Najib Tun Razak berkata ia perlu memenuhi kehendak rakyat termasuk perumahan mampu milik dan peningkatan pendapatan.

“Selain pembangunan fizikal dan ekonomi, kita juga jangan lupakan rakyat kerana akhir sekali kita mahu rakyat merasai apa yang dilaksanakan menerusi polisi ekonomi. Kita kena pastikan taraf pendapatan rakyat meningkat termasuk kualiti hidup rakyat Malaysia rasai kini.

“Sebab itu projek seperti perumahan mampu milik untuk rakyat termasuk kakitangan awam akan diberi fokus utama. Pengurusan kos sara hidup seperti memastikan kadar inflasi terutama harga makanan tidak meningkat.

“Selain itu ia termasuk membolehkan rakyat merasai pendapatan tinggi ni termasuk beberapa inisiatif lain yang menjadi sampingan kepada pendapatan utama seperti projek e-Rezeki oleh MDEC,” katanya pada perasmian pembukaan Majlis Konsultasi Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Sejumlah 236 peserta merangkumi kementerian, agensi, sektor swasta dan badan bukan kerajaan terlibat dalam majlis tersebut.

Najib berkata, Bajet 2018 yang bakal dibentangkan pada 27 Oktober depan akan menjadi sebuah bajet yang inklusif bagi setiap lapisan rakyat dengan tema Negaraku Membentuk Masa Depan.

Filed in: Ekonomi, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen