3:19 pm - Wednesday February 24, 0945

Banjir: 348 penduduk Simpang Renggam dipindahkan

27047112_10155508798624582_1981568545_o.png.transformedMO, 21/1/2018, KLUANG: Hujan lebat lebih dua jam semalam menyebabkan tiga kampung di Simpang Renggam, dekat sini, banjir dan 348 penduduk dipindahkan.

Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air banjir akibat limpahan Sungai Chokro dan Sungai Benut.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di setiap kampung berkenaan.

Ia membabitkan PPS Balai Raya Kampung Chokro, Masjid As-Sobirin Kampung Shaari dan Dewan Kampung Kolam Air.

“Sebanyak 348 mangsa daripada 82 keluarga itu membabitkan 179 penduduk (41 keluarga) di Kampung Chokro, 127 orang (32 keluarga) Kampung Shaari dan 42 orang (sembilan keluarga) di Kampung Kolam Air.

“Ketika ini masih hujan renyai-renyai, namun paras air Sungai Chokro didapati sudah surut, manakala paras air di Sungai Benut masih dipantau berikutan sudah melepasi tahap bahaya, ” katanya.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen