9:36 pm - Wednesday February 21, 2018

Bekas Ketua Audit Negara, Ishak Tadin Meninggal Dunia

indexMO, 6/2/2018, KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ishak Tadin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa petang semalam.

Adik ipar Allahyarham, Zulkhairi Abdul Samad, 60, berkata Allahyarham Ishak, 86, meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang semalam akibat sakit tua.

Zulkhairi berkata jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ibnu Sina di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Titiwangsa 5.

“Ketika hayatnya, arwah Ishak seorang yang baik dan pendiam serta mengutamakan pentadbiran negara dan komited dalam kerjanya,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Sa’adah Abd Samad, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dari 1 Mac 1981 sehingga 31 Mei 1986 dan dilantik menjadi Ketua Audit Negara dari 1986 sehingga 1994.

— BERNAMA

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen