1:47 am - Tuesday August 22, 2017

Bella, saya minta maaf kerana beri Aliff pegang tangan – Afifah Nasir

61502092834_afifah-header-(1)

 

MO, 7/8/2017, PETALING JAYA – Pelakon baru Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kerana memberi peluang kepada aktor tersebut untuk memegang tangannya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya kepada Bella kerana memberikan peluang untuk suaminya memegang tangan saya di sebuah pusat karaoke.

“Dalam kejadian itu, dia memegang tangan saya dan saya mengakui kesalahan saya sebab membenarkannya.

“Saya akui itu salah saya dan bagi saya, Bella tidak bersalah dalam hal ini kerana saya memahami keadaan dan situasi yang dilalui Bella pada ketika itu.

“Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjernihkan keadaan setelah pihak sana memberikan penjelasan mereka berhubung kontroversi yang telah terjadi,” kata Afifah dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Filed in: Hiburan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen