4:38 am - Sunday July 23, 2017

Ben Affleck Belajar Seni Silat untuk Filem Terbaharu, The Accountant

1

MO, 14/10/2016, Los Angeles – Berlatih keras untuk sesebuah watak serta peranan baharu dalam mana-mana filem bukanlah sesuatu yang asing untuk bintang ternama Hollywood, Ben Affleck.

Beliau telah menjalani latihan yang sangat ekstrem untuk kelihatan seperti Bruce Wayne/Batman dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice. Namun peranan beliau dalam filem terbaharunya berjudul The Accountant, Ben Affleck sekali lagi telah mengejutkan kita semua dengan mempelajari ilmu seni mempertahankan diri silat yang amat sinonim dengan kita di benua nusantara ini.

Beliau dalam satu transkrip wawancara yang disediakan oleh Warnes Bros. telah menyatakan tentang betapa menariknya seni silat:

 “Silat is a martial arts technique that hasn’t been seen in too many movies before, so the fights in the movie felt really fresh and new, visually. And, unlike Batman, I couldn’t wear a mask, so I had to do more of the action myself than I did in that movie. I spent a lot of time learning the choreography and rehearsing and practising these elaborate fights months and months ahead of filming. It could be very difficult and trying, but when it worked right, it looked really, really elegant and beautiful, even though it was part of war.”

The Accountant di bawah arahan Gavin O’Connor (Warrior, Jane Got a Gun) menyaksikan Ben Affleck berperanan sebagai seorang anti-sosial dan dianugerahkan kebolehan luarbiasa dalam Matematik bernama Christian Wolff.

ben-affleck-the-accountant

Ramai yang bertanya kenapa perlunya seorang akauntan mempelajari ilmu tempur?

Jawapan: Christian Wolff sebenarnya adalah seorang akauntan upahan untuk beberapa organisasi penjenayah paling merbahaya dan dikehendaki di dunia.

Tambah Ben Affleck lagi tentang watak tersebut:

“The story speaks to the duality in all of us. On the one hand, he’s this effectively trained fighter and on the other, he’s a math savant. Those facets of his personality, seemingly at odds in him were unlike anything I’ve ever done before and made it both exciting and challenging.”

Untuk babak aksi filem ini, pengarah mahukan gaya tempur tertentu yang dapat menggambarkan latihan khas yang dipelajari oleh watak Ben Affleck sejak dari usia muda. Beliau mahukan pendekatan aksi dan tempur menerusi persembahan watak Christian Wolff yang dapat menumbangkan lawannya sepantas dan secermat mungkin. Ini katanya sama dengan Matematik yang memerlukan koordinasi serta perhitungan lengkap secara total bagi mencapai tujuan, matlamat dan penyelesaian.

Pengarah tersebut telah mengkaji dan melihat beberapa gaya tempur dan seni mempertahankan diri dengan penyelaras lagak ngeri (stunt coordinators), Sam Hargrave dan Fernando Chien sebelum berkeputusan dan memilih silat. Dengan penuh kata pujian, beliau menyebut:

“I’d never even heard of silat before but it’s incredibly efficient. So, it served our purpose in a very cinematic way. We honed in on that form and built the action around it.”

qnkmoqe

The Accountant akan ditayangkan di pawagam seluruh Amerika Syarikat pada 14 Oktober, 2016 dan di Malaysia pada 20 Oktober, 2016. -Jeda.my

Filed in: Hiburan

One Response to “Ben Affleck Belajar Seni Silat untuk Filem Terbaharu, The Accountant”

  1. April 27, 2017 at 4:06 am #

    I’ve been arguing with my mom and dad not too long ago in the make a difference coated in this article.
    Thanks to your blog I’ve found out that neither
    of us have been right, but it’s god to know now what’s what.
    I’d undoubtedly share this with my mother and father to make sure they know. https://goo.gl/G3GSCK

Tinggal Komen