7:26 pm - Monday October 23, 2017

Chinlone, Gabungan Antara Sukan Dan Tarian

MO, 16/8/2017 — TAHNIAH buat skuad Chinlone telah menghadiahkan pingat emas pertama buat negara dalam acara yang berlangsung di stadium Titiwangsa.

Sejak tiga hari pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29, nampaknya Malaysia kini berada di landasan yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, mesti ramai yang tertanya apa itu sukan chinlone? Bagaimana cara ia dimainkan? Bagaimana pula dari segi kiraan mata?

Okay, jom kita go through sikit pasal sukan ni….

Chinlone atau dikenali sebagai caneball merupakan sukan kebangsaan tradisional di Myanmar yang wujud sejak 1,500 tahun lalu di mana pada asalnya bertujuan untuk menghiburkan keluarga diraja Burma.

Sukan ini dimainkan oleh seramai enam orang dalam satu pasukan. Ia seakan-akan sama seperti sepak takraw atau sepak raga bulatan.

Namun apa yang membezakan ialah dimainkan dalam keadaan bulat dan terdapat seorang pemain di tengah bulatan tersebut.

chonline-767x500

Chinlone ialah sejenis sukan yang menggabungkan antara sukan dan juga tarian di mana dipengaruhi oleh seni bela diri dan tarian tradisional Burma atau kini disebut Myanmar.

Ia memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola mengikut disiplin berdasarkan kategori dan tanpa menggunakan tangan.

Chinlone terbahagi kepada empat kategori iaitu non-repetition event (primary), same stroke event, linking event dan non-repetition event (secondary).

Memetik sumber sebuah portal tempatan, kiraan mata untuk Chinlone adalah menerusi setiap timbangan sempurna yang dilakukan setiap pemain dalam masa hanya 10 minit.

Ini bermakna, pasukan yang berjaya melakukan paling banyak timbangan dalam tempoh waktu ditetapkan itu berbanding lawannya, akan dikira sebagai pemenang perlawanan.

Acara ini telah diperkenalkan dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar. Negara itu berjaya merangkul enam pingat emas ketika pertama kali dipertandingkan.

Myanmar merupakan kuasa terbesar dalam sukan ini namun negara tersebut tidak mengambil bahagian dalam acara berkenaan untuk Sukan SEA tahun ini.

Filed in: Fesyen dan Style, Luar Negara, Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen