3:08 pm - Monday October 20, 1902

Cukai Pelancongan Berasaskan Bilangan Penginapan Di Perak

perak

MO, 19/6/2017, IPOH – Kerajaan Perak menyarankan kadar pungutan cukai pelancongan yang akan dikuatkuasakan nanti dikira berdasarkan bilangan hotel atau tempat penginapan di sesebuah negeri.
Ia bermakna semakin sedikit bilangan tempat penginapan di sesebuah negeri, maka kadarnya lebih rendah dan bukannya dilaksanakan secara purata di semua tempat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, jika pungutan atau kadar peratusan cukai dilakukan secara purata, ia akan menjadi tidak adil kepada negeri yang mempunyai bilangan hotel atau tempat penginapan yang sedikit.
Katanya, kerajaan negeri bagaimanapun menyokong pelaksanaan cukai pelancongan yang sudah dilaksanakan di beberapa negara, dan yakin ia mampu membantu melonjakkan pembangunan industri pelancongan dalam jangka panjang.
Beliau berkata kepada pemberita selepas program sumbangan duit raya kepada anak Rohingya dan majlis berbuka puasa bersama penggiat industri pelancongan negeri Perak di sini malam ini. Nolee Ashilin jiuga menyarankan Kerajaan Pusat mengadakan proses perundingan dengan kerajaan negeri dan pihak berkepentingan pelancongan agar mereka dapat memberi pandangan berhubung pelaksanaan sistem pencukaian itu.
Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen