Polis menemukan sepucuk pistol semi auto berserta 23 butir peluru kaliber 380 daripada suspek yang menaiki teksi berwarna merah bersama pemandu kenderaan terbabit. Majistret Mohd. Syafiq Mustaza membenarkan permohonan reman sehingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.