3:02 am - Saturday June 24, 2017

DAVID TEO DISARAN MASUK KURSUS KENEGARAAN

WATANIAH

  1. Insiden prosedur David Teo pembikin filem-filem dan drama Melayu ditampar oleh Mat Over mendapat pelbagai respon.
  1. Program TN50 telah memberikan peluang kepada para artisan untuk meluahkan isi hati dan minda mereka kepada Perdana Menteri (PM) secara terus tanpa melalui Setiausaha Politik, Penasihat PM atau pegawai-pegawai kanan PM. Ianya satu peluang keemasan dan keterbukaan yang sedang diamalkan oleh DS Najib.
  1. Malangnya semasa giliran David Teo, dia telah ditampar oleh pelakon Mat Over. Pada masa itu, David Teo sedang bertanyakan dengan nada, gaya dan cara yang dilihat tidak bersesuaian dengan budaya orang-orang Melayu. Adakah itu budaya David Teo? Barangkali David Teo terlupa DS Najib bukan pelakon yang boleh dia marah jika tidak berpuashati.
  1. Namun begitu, jika saya moderator ketika itu, saya akan memberi peluang David Teo meneruskan percakapannya walau David Teo bercakap dengan cara agak kasar dan dilihat kurang sopan kepada pemimpin negara. Biar audiens menilai budaya David Teo. Sepanjang pengalaman saya, DS Najib adalah seorang pemimpin yang bersuara lembut, tenang, mendengar dan tidak suka kepada kekerasan.
  1. Sebab itulah ketika DS Najib memerintah, tidak ada pemimpin pembangkang bermata lebam. Malah, DS Najib memberi perhatian kepada keselesaan DS Anwar Ibrahim di dalam penjara. Buku, tempat tidur dan sebagainya dipenuhi berbanding tahanan di Kamunting (ISA) suatu ketika dahulu(1). Seorang AMT PKR mengesahkan kepada saya akan kemulian DS Najib memastikan keselesaan dan keselamatan DS Anwar di dalam penjara.
  1. Oleh itu, jika David Teo membabi buta dan bercakap agak kasar kepada Perdana Menteri Malaysia, saya sangat yakin DS Najib akan mendengarnya jua. Namun, faktor lain pula ialah orang-orang Melayu dan Islam tidak dapat menerima cara David Teo itu. Perkara inilah yang tidak diselami oleh David Teo dan akhirnya Mat Over bertindak di luar jangkaan. Pada pandangan saya, David Teo patut masuk kursus kenegaraan di BTN.
  1. Rakyat Korea Utara pasti akan menerima nasib buruk jika berkelakuan sebegitu di hadapan Presiden Korea Utara. Paling dekat, rakyat Indonesia walau berbeza fahaman politik dengan Presiden mereka tetapi mereka tidak akan berkelakuan sebegitu kepada pemimpin utama mereka. David Teo beruntung kerana berkelakuan jelek di hadapan PM yang sabar dan tenang.
  1. Satu perkara David Teo barangkali terlupa, dia menjadi kaya raya dengan membuat filem-filem Melayu, menggunakan pelakon-pelakon Melayu dan dengan bantuan kerajaan. Sudah berpuluh-puluh tahun David Teo bergelumang dengan aura Melayu. Barangkali David Teo tidak akan berjaya jika menerbitkan filem-filem Cina, siapa hendak menonton?
  1.  David Teo itu sepatutnya berterimakasih kepada DS Najib kerana mengadakan program TN50. David Teo telah menikmati kejayaan dan kekayaan yang tidak dinikmati oleh produser-produser Melayu lain seperti AR Badul dan sebagainya.
  1. Saya mencadangkan David Teo memohon kursus kenegaraan di BTN(2). Saya pernah melihat Tian Chua berhujah dan berbahasa dengan begitu sopan dan beradab semasa mengeluarkan pandangannya dalam sesi meja bulat pada tahun 2010 dahulu.
  1. Sayang sekali, David Teo seorang Askar Wataniah danpublic figuretetapi gagal menjadi jambatan(3) kepada perpaduan nasional.

__________________________________________

(1) Syed Husin Ali, Two Faces, Detention without Trial, 1990.

(2) Kursus Kenegaraan oleh BTN pernah dibuat bersama artis, 2010.

(3) Teori ‘The Bridge’ by Profesor Jayum Jawan, Ohio University, USA, 2017.

SUMBER




Filed in: Kolum Khas

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen