8:45 am - Wednesday April 25, 2018

DSA 2018, jenama Malaysia terus dikagumi antarabangsa

MGF_PameranDSA01-1600x1068BERMULA dengan penyertaan 394 syarikat pada tahun 1988, Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) melalui transformasi tersendiri dan bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila lebih banyak syarikat daripada pelbagai negara mengesahkan penyertaan pada edisi 2018 yang akan bermula hari ini.

Siapa sangka, di sebalik pelbagai tohmahan terhadap Malaysia oleh segelintir rakyat negara ini sendiri, orang luar serta pakar dalam bidang pertahanan terus menaruh keyakinan yang sangat tinggi dan tidak ragu-ragu untuk berada di Malaysia.

Yang pasti DSA 2018 bukan calang-calang. Pameran yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menyaksikan penyertaan terbesar sejak diperkenalkan 30 tahun lalu, tentunya ia satu sejarah bagi DSA sekaligus kebanggaan kepada Malaysia dan rakyatnya.

Pameran serta sambutan 30 tahun DSA akan berlangsung di MiTEC lantaran venue lama iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak mampu menampung permintaan penyertaan yang sangat menggalakkan.

Dengan ruang pameran yang lebih besar iaitu seluas 43,000 meter persegi, boleh dibayangkan kehebatan DSA 18 serta kerencaman pengunjung yang ingin menyasikan sendiri kecanggihan industry perkhidmatan pertahanan dari pelbagai negara. MiTEC sendiri menawarkan infrastruktur serta kemudahan bertaraf dunia selain memenuhi piawaian antarabangsa selayaknya menjadi lokasi pameran terbesar dalam sejarah DSA.

Lebih menarik lagi DSA18 menawarkan kelainan, di mana kali pertama dalam sejarah  dunia, industri pertahanan dan keselamatan ditemukan di bawah satu bumbung melalui kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melahirkan DSA  dan NATSEC Asia 2018.

Walupun kedua-dua sector menampilkan perbezaan tetapi masih ada banyak persamaan yang dijadikan landasan untuk jalinan kerjasama strategic menerusi program secara NBOS seperti perondaan bersama di sempadan-sempadan serta hot spot, mengawal aktiviti penyeludupan dan ancaman pengganas.

Malah melalui NBOS, kos operasi-operasi dapat diminimumkan sekaligus memberikan penjimatan kepada negara kerana sumber yang ada dioptimumkan.

Melalui DSA, Malaysia dikenali di dalam peta dunia dengan menjadi hub kepada industri pertahanan. Tentunya DSA tidak mudah untuk dilangsungkan tanpa jenama Malaysia itu sendiri di arena antarabangsa. Faktor hubungan erat dengan negara-negara luar serta amalan diplomasi pertahanan menjadi penyumbang utama kepada syarikat serta delegasi luar untuk terus menyertai DSA setiap kali dianjurkan.

Latar belakang jalinan kerjasama ketenteraan antara Malaysia dengan banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Cina, Arab Saudi serta negara-negara rantau Asia Tenggara turut menjadi pemangkin kepada DSA.

Antara kerjasama tersebut seperti latihan ketenteran bersama, menghantar pasukan pengaman, dan yang terbaharu misi pasukan perubatan ketenteraan di Bangladesah untuk membantu pelarian Rohingya.

Di samping itu, terdapat juga platform pameran antarabangsa seperti DSA dan Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) di mana sesi perbincangan dan mesyuarat-mesyuarat di antara panglima-panglima perkhidmatan seluruh dunia turut diadakan semestinya membuka ruang kepada pertukaran pendapat serta pengalaman bagi mengharungi dunia yang semakin mencabar ini.

Selain itu, pastinya factor sosio ekonomi negara yang stabil, serta Malaysia merupakan negara yang selamat tanpa sebarangan konflik dan ancaman juga menyumbang kepada kehadiran pelawat, delegasi dan  penyertaan syarikat-syarikat antarabangsa ke DSA.

Status sebagai salah satu daripada lima pameran terbesar di dunia dan juga di Asia memberikan kelebihan kepada Malaysia dari segi pelaburan daripada syarikat-syarikat gergasi sektor pertahanan antarabangsa.

Ini dibuktikan dengan pembukaan pejabat cawangan dan serantau syarikat-syarikat berkenaan di Malaysia.

Lebih daripada itu penganjuran DSA tidak terhenti setakat pameran dan pertukaran ilmu, sebaliknya kehadiran jangkaan 50,000 pelawat perdagangan di Kuala Lumpur sepanjang pameran bakal  mewujudkan sumbangan terhadap ekonomi tempatan (economic Spin Off).

Dianggarkan sekurang kurangnya USD130 juta dibelanjakan oleh pelawat-pelawat semasa tempoh pengunjuran DSA terutamanya dalam sektor perhotelan , F&B , dan juga pelancongan serta pengangkutan.

Dianggarkan setiap pelawat perdagangan antarabngsa membelanjakan sekitar USD3,000 seorang. Manakala pelawat tempatan membelanjakan sebanyak USD1,500 dalam tempoh pameran DSA.

Di samping perbelanjaan daripada pelawat-pelawat ini yang merancakkan sektor pelancongann dan perkhidmatan sekitar Lembah Klang, penganjur juga mendapatkan khidmat dalam sektor pembinaan, pembersihan, makanan untuk mempersiapkn segala kemudahan  serta infrastruktur bagi melengkapkan keperluan kemudahan semasa program.

Seramai 350 delegasi daripada 45 negara yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri pertahanan, panglima-panglima angkatan tentera, ketua setiausaha, ketua polis dan lain2-lain penjawat tertinggi berkampung di DSA. Angka ini merupakan yang paling ramai dalam sejarah penganjuran DSA.

Segala-galanya adalah hasil daripada hubungan akrab negara di peringkat antarangsa di samping pengalaman Malaysia  dalam usaha-usaha menangani ancaman pengganas, serta membantu dalam menyelesaikan konflik serantau.

Ternyata peranan serta  fungsi DSA membantu mengembangkan industry pertahanan negara tidak boleh disangkal lagi, malah Forum Putrajaya menjadi landasan utama untuk mempertingkatkan diplomasi pertahanan.

Lebih daripada itu DSA meraikan golongan belia dengan mengadakan program serta aktiviti khas untuk mereka, sesuatu yang amat menarik untuk meningkatkan kesedaran orang muda tentang pentingnya keselamatan negara dijunjung.

Kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pastinya DSA 2018 merupakan satu lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengangkat nama Malaysia supaya terus gah di mata dunia. – theRakyat

Filed in: Luar Negara, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen