7:44 pm - Monday October 23, 2017

Eksport produk aeroangkasa Malaysia meningkat

Najib LIMA 2017 2103MO, 21/3/2017, LANGKAWI – Malaysia mencatatkan peningkatan 32.6 peratus eksport produk aeroangkasa tahun lalu berbanding tahun 2015. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, eksport produk aeroangkasa berupa komponen utama itu bernilai RM5.53 bilion.

“Dari segi pendapatan industri aeroangkasa memperoleh RM12.7 bilion tahun lalu dan melibatkan 21,000 pekerja berkemahiran tinggi. Kita menjangkakan sektor ini akan terus berkembang dengan pelaburan berjumlah RM1.6 bilion dengan 57 peratus adalah pelaburan asing yang telah kita luluskan pada 2016,” kata Najib ketika merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017.

Pelaburan tersebut bakal menawarkan 1,766 peluang pekerjaan.

 

Filed in: Ekonomi, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen