7:34 pm - Monday October 23, 2017

Faizal Tahir tercalon dalam Anugerah Muzik MTV Eropah kali kedua

71439175196_FAIZALTAHIRMO, 6/10/2017 – Penyanyi popular, Faizal Tahir, mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali keduanya tercalon dalam Anugerah Muzik MTV Eropah.

Dalam senarai rasmi pencalonan akhir yang dikeluarkan MTV Selasa lalu, Faizal dicalonkan dalam kategori Artis Terbaik Asia Tenggara.

Turut sama disenaraikan dalam kategori berkenaan ialah penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvati, The Sam Willows (Singapura), Dam Vinh Hung (Vietnam), James Reid (Filipina) serta dua wakil Thailand, Palitchoke Ayanaputra dan Slot Machine.

Wakil Malaysia sejak tiga tahun kebelakangan ini, tidak pernah ketinggalan untuk berada dalam senarai calon akhir kategori tersebut.

Faizal pernah tercalon pada tahun 2015, manakala tahun lalu, penyanyi tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, turut disenarai sebagai calon, selain band punk rock, Bunkface.

Pengundian telah bermula 4 Oktober lalu dan akan berjalan sehingga 11 November.

Peminat Faizal yang ingin mengundi, bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman web www.mtvema.com.

Anugerah MTV Eropah akan berlangsung di London 13 November ini.

Filed in: Hiburan, Luar Negara, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen