3:24 pm - Thursday April 22, 3694

Farid Kamil bakal berhadapan banyak pertuduhan

13faridff.transformedMO, 12/1/2018, SEPANG – Polis tidak menolak kemungkinan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari bakal berhadapan lebih banyak pertuduhan selain tindakannya menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, Farid Kamil kini direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakukan tidak senonoh dalam kawasan balai polis dan Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah disyaki mengambil dadah.

“Malah suspek dikatakan menendang orang ramai dalam kejadian itu dan mangsa telah pun membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.

“Apa sahaja pertuduhan bakal dikenakan terhadap suspek selepas siasatan selesai dijalankan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Semalam, Farid Kamil disyaki positif dadah jenis ganja selepas ditahan berikutan menampar anggota polis dan dan menendang orang ramai dalam kejadian di Balai Polis Damansara.

– UTUSAN ONLINE

 

Filed in: Hiburan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen