3:08 pm - Monday October 20, 1788

GRABCAR Digesa Laksana Butang Panik

grab1

MO, 15/6/2017, PETALING JAYA – Grab Malaysia digesa menguatkuasakan butang panik pada aplikasi perkhidmatannya untuk keselamatan penumpang selewat-lewatnya 31 Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama Grab Malaysia pada Rabu.

Nancy berkata butang panik pada aplikasi itu mempunyai Sistem Kedudukan Global (GPS) yang akan dihubungkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau keselamatan pengguna.

Jelasnya, pengusaha GrabCar juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPAD bagi menangani sebarang kejadian yang tidak diingini atau masalah kepada penumpang pada masa akan datang.

Filed in: Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen