7:28 pm - Monday October 23, 2017

HEBOH DI AMERIKA KATA TAK JADI? KENAPA MAS BELI BOEING?

MAS KLIA

Seperti yang disebut Menteri Luar kita, bukan mudah untuk mentafsir pergerakan Presiden Trump, penguasa negara besar di dunia. Namun, Perdana Menteri kita berjaya menguasai keadaan dengan diplomasi taraf tinggi.

Kita semua tahu usaha mensabotaj lawatan PM ke USA dibuat sejak beberapa bulan oleh beberapa pihak dengan memberi persepsi kotor di dalam media seperti yang anda sudah baca dalam WSJ, NYT dan CNN.

Di Malaysia, Rafizi berusaha bersungguh-sungguh hingga ke saat-saat akhir menghasut rakyat Malaysia supaya tidak mempercayai lawatan PM. Namun, laporan-laporan negatif mereka tidak berjaya menghasut Presiden Trump untuk menolak lawatan PM kita.

Pada 11/9/2017 saya menerima pertanyaan dalam wassap oleh sahabat saya di New York, adakah lawatan PM ke WDC dibatalkan? Saya tersenyum. Kuat sangat bau fitnah.

Walhal, lawatan sungguh berjaya. Sambutan dari awal kapal mendarat degan karpet merah, kawalan keselamatan di jalan raya oleh pasukan keselamatan khas USA, sambutan dan keramahan di pintu masuk pejabat Presiden USA, perbincangan khas dalam bilik mesyuarat kabinet sehinggalah kepada Presiden Trump menghantar PM kita balik sampai ke pintu kereta sambil mengenepikan protokol White House. Presiden Trump berkata, ‘tidak mengapa, Najib adalah kawan saya’.

ISU MAS BELI BOEING

Ada orang mentafsir ucapan PM kononnya kita negara kecil tidak logik hendak membantu ekonomi negara besar USA. Tuduhan itu menunjukkan, bahasa ekonomi dan bahasa diplomasi ekonomi tidak difahami. KWSP sudah melabur berpuluh-puluh tahun di dalam dan di luar negara sejak zaman Tun Dr. Mahathir jua, adakah KWSP pernah gagal memberikan dividen dan bonus kepada peminjam? KWSP adalah di bawah jaminan kerajaan. MTUC perlu mentafsir pelaburan KWSP dengan tepat, janganlah bersikap kebudak-budakan.

Sebenarnya keputusan membeli kapal terbang Boieng oleh MAS sudah diputuskan sejak Julai lalu, dan PM hanya memberitahu sebagai salahsatu cara berdiplomasi dengan negara kuasa besar.

Diplomasi yang sangat tinggi PM kita akan memberikan keuntungan sosioekonomi seperti pekerjaan dalam negara melalui perkongsian teknolgi Boeing, pendapatan kepada negara melalui penggunaan kapal-kapal MAS di peringkat antarabangsa, keselamatan ekonomi, keselamatan sosiopolitik dan geopolitik di peringkat global.

Sebagai pelajar, saya telah terbang beberapa kali ke USA menggunakan kapal MAS, Emirates, Saudi Arabia, Qatar Airways, British Airways dan kapal-kapal Amerika Syarikat sendiri. Sesiapa pun tidak akan menafikan perkhidmatan MAS tetap terbaik dari segi layanan dan hospitaliti. Namun begitu, sudah tentu kita tidak dapat mengatasi kapal-kapal mewah oleh Saudi Arabia, Emirates dan Qatar Airways. Sebab itulah, MAS perlu kapal-kapal baharu untuk menambah nilai dan prestasi. Pelaburan tinggi akan memberikan pulangan tinggi. Pelaburan rendah akan membawa pulangan rendah. Teori ekonomi Smith masih boleh digunakan.

KLIA dengan hampir 100 juta pengguna dari seluruh dunia (2016) menjadi lapangan terbang antara tersibuk di dunia ketika ini. Jika MAS boleh mendapatkan 50 juta sahaja penumpang daripada 100 juta itu, saya percaya MAS akan meraih keuntungan yang berlipat ganda. Pengguna hari ini sangat cerewet, dengan adanya perkhidmatan on-line, mereka sedaya upaya mahu menikmati hospitaliti MAS. Oleh itu, MAS perlu sentiasa berdaya saing.

Selamat Hari Malaysia

KLIA.

Rujukan:

  1. Catatan perjalanan ke USA 2015/2016.
  2. Tweeter Presiden Trump.
  3. WSJ, NYT, CNN, Malaysiakini.
  4. MTUC.
  5. Ucapan Tun Dr. Mahathir (2005).
  6. Adam Smith (economist)

SUMBER

Filed in: Nasional, Politik, Rencana, Topik Pilihan

One Response to “HEBOH DI AMERIKA KATA TAK JADI? KENAPA MAS BELI BOEING?”

  1. Kak Radi
    September 17, 2017 at 4:47 am #

    Tahniah PM Najib atas lawatan ke USA jemputan khas dari Presedent Trump. Kami sebagai rakyat Malaysia merasa begitu berbanga.dengan kejayaan lawatan tersebut.semoga ekonomi negara bertambah maju ,makmur,rakyat hidup aman damai sentosa selalu.kami juga tidak lupa mendoakan PM agar dirahmati oleh Allah sentiasa dlm peliharaan Allah, In Sha Allah.

Tinggal Komen