5:21 pm - Saturday September 23, 2017

Insiden tebusan – Tebusan diselamatkan, suspek ditahan

WhatsApp_Image_2017-05-10_at_10.10.00_PM.jpeg.transformed_0MO, 11/5/2017, KOTA KINABALU – Seorang wanita berusia 20an berjaya diselamatkan polis selepas dijadikan tebusan lebih dua jam oleh seorang penjenayah di Jalan Damai┬ásemalam.

Wanita itu diselamatkan polis kira-kira jam 9.35 malam, selepas dibawa lari oleh suspek pada jam 7.45 malam dari rumahnya di Taman Istimewa, Luyang. Sebelum kejadian suspek berusia 27 tahun dipercayai masuk ke sebuah rumah di taman itu untuk merompak. Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat mengenai rompakan itu dan terserempak dengan suspek yang cuba melarikan diri. Dalam keadaan terdesak, suspek yang dipercayai warga asing itu kemudian menarik seorang wanita yang juga jiran rumah dirompaknya yang kebetulan berada di luar rumah ketika itu, sebelum melarikan diri bersama wanita itu. Suspek mengheret mangsa hingga ke Jalan Damai sejauh kira-kira 1.5 kilometer dengan mengacu sebilah pisau 15 sentimeter di leher mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1968 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Mangsa berjaya diselamatkan selepas rundingan lebih sejam dengan suspek. Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. Mangsa pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) untuk rawatan lanjut.

Filed in: Nasional, Negeri Di Bawah Bayu, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen