7:01 pm - Tuesday May 30, 2017

Isu restoran 24 jam panas dalam dialog TN50 peringkat Wilayah Persekutuan

images (12)MO, 18/5/2017, KUALA LUMPUR – Cadangan untuk mengehadkan restoran yang beroperasi 24 jam antara aspirasi yang menghangatkan suasana pada Program Transformasi Nasional (TN50) Peringkat Wilayah Persekutuan semalam.

Isu itu pada mulanya dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bertanya kepada seorang belia sama ada dia bersetuju jika restoran tidak lagi dibenarkan beroperasi selama 24 jam bagi mengatasi isu kesihatan, khususnya obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan dewan kemudian gamat seketika dengan suara beberapa pihak yang bersetuju dan yang tidak bersetuju dengan cadangan itu. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pihaknya merancang untuk mengurangkan tempoh waktu operasi bagi restoran di sekitar ibu negara, khususnya bagi membolehkan mereka membersihkan kedai masing-masing. Bagaimanapun, ramai masyarakat tidak bersetuju. Beberapa isu membelenggu warga kota seperti kebersihan, perumahan mampu milik, gelandangan dan lambakan warga asing antara perkara yang dibangkitkan lebih 30 peserta pada program berkenaan. Selain itu, aspirasi yang turut disuarakan adalah mengenai pendidikan percuma, teknologi, rekreasi serta pemantapan bahasa jawi menjelang tahun 2050.

Filed in: Ekonomi, Fesyen dan Style, Kesihatan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen