Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembukaan jalan itu melibatkan lebuh raya sepanjang 7.4 kilometer menghubungkan Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dengan Lebuhraya Duke sedia ada di Jalan Segambut.

SDL dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan di persimpangan MRR2 dan Lebuhraya Damansara-Puchong selain dapat memudahkan akses untuk orang ramai, memendekkan perjalanan, menjimatkan masa serta kos bahan bakar atau minyak kenderaan sekali gus mengurangkan kos selenggaraan kenderaan.

Sempena majlis pembukaan ini, pihak konsesi iaitu Konsortium Lebuhraya Utara РTimur Kuala Lumpur (KL) Sdn. Bhd. (Kesturi) menawarkan tol percuma kepada pengguna di Plaza Tol Segambut selama sebulan bermula hari ini, katanya dalam ucapan merasmikan Majlis Pembukaan Jajaran SDL di sini hari ini.