9:34 pm - Wednesday February 21, 2018

Julian Yee tenang hadapi fasa terakhir

imagesMO, 13/2/2018, KUALA LUMPUR: Peluncur ski negara, Julian Yee mengambil pendekatan bertenang untuk fasa terakhir persediaannya untuk mengharungi Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Julian yang acaranya akan berlangsung di Arena Ais Gangneung, Jumaat ini, berkata dia sudah bersedia sejak tiba di Korea Selatan, minggu lalu.

“Walaupun ini Sukan Olimpik, pendekatan minda saya adalah menghadapinya sama seperti kejohanan besar lain,” kata Julian yang dibimbing bekas peluncur kebangsaan Jerman, Michael Hopfes.

“Kami berada di landasan sebenar dari segi persediaan dan semakin selesa berlatih di sini. Kami berlatih mengikut jadual masa ditetapkan, yang biasanya sehari sekali membabitkan gelanggang ais. Jika mempunyai masa, kami akan ke gimnasium untuk melakukan latihan kondisi pula.

“Gelanggang di sini sangat baik. Kemudahannya sugguh canggih dan saya pula semakin selesa berlatih di sini. Harap-harap segala-galanya berjalan lancar.”

Julian, yang diberi penghormatan untuk membawa bendera kontinjen negara, menambah upacara pembukaan itu begitu istimewa buat dirinya.

“Sesungguhnya begitu istimewa –¬†diberi penghormatan untuk membawa bendera dan berarak dengan pasukan. Sungguh berbeza berada di sini berbanding dengan sekadar menontonnya di televisyen.

“Upacara pembukaan itu semestinya pengalaman berharga yang akan sentiasa¬†saya kenang.”

Turut beraksi di Pyeongchang ialah seorang lagi peserta negara, Jeffrey Webb. Ini kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Filed in: Luar Negara, Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen