8:50 am - Wednesday April 25, 2018

Jutawan Arab Saudi lelong aset lunas hutang

People walk past vehicles belonging to billionaire Maan al-Sanea and his company as they are auctioned by Saudi authorities in Dammam, Saudi Arabia March 18, 2018. Picture taken March 18, 2018. REUTERS/Zuhair Al-Traifi

MO, 20/3/2018, DAMMAM: Ribuan pengunjung hadir pada hari pertama lelongan kereta milik jutawan Arab Saudi dan syarikatnya, Maan al-Sanea, jualan bertujuan membayar balik hutang bernilai 18 bilion riyal (RM18.79 bilion) kepada pemiutang.

Pihak berkuasa berkata, lelongan itu membabitkan kepentingan besar di Wilayah Timur, pusat perniagaannya, menonjolkan fokus mereka untuk memperbaiki pentadbiran korporat serta lanjutan komitmen Putera Mohammed Salman terhadap pembaharuan ekonomi.

Pemiutang terdiri daripada pekerja tidak dibayar gaji sehingga bank tempatan dan antarabangsa berharap, proses itu, yang pada peringkat selanjutnya termasuk jualan aset lebih besar seperti hartanah, akan menjurus pembayaran semula sekurang-kurangnya sebahagian hutang mereka.

Ahli perniagaan itu tersenarai dalam majalah Forbes pada 2007 sebagai seorang daripada 100 individu terkaya dunia, ditahan pihak berkuasa akhir tahun lalu kerana hutang tidak berbayar sejak 2009 apabila syarikatnya, Saad Group gagal membuat bayaran dalam krisis kewangan terbesar Arab Saudi.

Tribunal dianggotai tiga hakim ditubuhkan pada 2016 untuk menyelesaikan krisis hutang Saad akhir tahun lalu melantik sebuah konsortium digelar Etqaan Alliance untuk mencairkan aset milik jutawan itu.

Fasa pertama lelongan dilancarkan minggu ini membabitkan kira-kira 900 kenderaan termasuk lori, bas, jengkaut, trak angkat susun dan kereta golf, milik kumpulan Saad beribu pejabat di Khobar.

Ketua Etqaan Alliance, Abdulaziz al Rashid berkata, pada peringkat seterusnya, proses itu membabitkan empayar lain perniagaan dan kekayaan peribadi termasuk hartanah dianggarkan bernilai 10.3 bilion riyal (RM10.75 bilion termasuk peralatan mesin, seramik dan perabot di Wilayah Timur, Riyadh, Jeddah dan Yanbu.

 

– Reuters

Filed in: Ekonomi, Luar Negara, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen