5:03 pm - Saturday September 23, 2017

Kejayaan kontinjen KL2017 Malaysia dapat perhatian Dewan Negara

61503291908_AbdulHalimAbdSamaMO, 21/8/2017, KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen negara mendahului pungutan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mendapat perhatian Dewan Negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang pada masa ini mendahului pungutan pingat emas.

“Tahniah kepada kontinjen negara. Sudah dapat 16 pingat emas (setakat pagi ini). Harap akan berterusan dan lebih banyak pingat boleh dikutip,” katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang mengetuai pasukan Malaysia memenangi dua pingat emas dan satu perak dalam acara kuda lasak semalam. Pencapaian itu satu kebanggaan kepada negara kerana baginda bukan hanya berjaya meraih pingat emas acara individu malah memecahkan rekod bagi sukan itu.

Sultan Mizan, yang tiba di garisan penamat dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat, meleburkan rekod enam jam 26 minit dan empat saat yang dibuat atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sulaiman Muda.

Filed in: Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen