Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak lapan projek PPR dirancang di negeri Kelantan termasuk 1,000 unit yang telah siap di Kota Bharu serta 418 unit yang dalam proses pembinaan di daerah ini. Projek yang menyentuh hati dan perasaan rakyat itu merupakan sebahagian daripada janji Barisan Nasional (BN) untuk penduduk Kelantan sebelum ini.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan pimpinannya tidak pernah mengamalkan dasar meng­hukum negeri ini sebaliknya me­nganggap rakyat Kelantan adalah umat Islam dan rakyat Malaysia yang perlu dibela.

Dalam pada itu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM8.53 juta untuk pembangunan daerah ini yang membabitkan pembinaan jalan perhubungan desa sebanyak RM5 juta; kemudahan ameniti sosial (RM2 juta) dan projek khas membaik pulih masjid serta surau berjumlah RM1.53 juta.