1:48 pm - Saturday November 25, 2017

Kerana iPhone X, Apple bakal pintas Samsung

imagesMO, 11/11/2017 – DATA industri menunjukkan bahawa syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat Apple Inc. dijangka akan memintas Samsung Electronics Co. pada suku keempat 2017 sebagai pengeluar telefon pintar paling laris di dunia.

Semuanya susulan prestasi jualan terbaharu telefon pintar syarikat itu, iPhone X yang dilaporkan memberangsangkan.

Hasil data yang dikumpulkan oleh TrendForce menunjukkan bahawa Apple dijangka memiliki 19.1 peratus daripada pasaran telefon pintar untuk tempoh Oktober hingga Disember.

Jangkaan untuk Samsung hanyalah 18.2 peratus.

Suku sebelum ini, Samsung mendahului Apple dengan 21.1 peratus.

“Pada suku ketiga, telefon pintar Samsung meningkat dengan pelancaran Galaxy Note 8 dan juga jualan kukuh Galaxy J dalam pasaran pertengahan dan rendah,” lapor TrendForce.

TrendForce turut melaporkan jualan suku keempat Samsung akan jatuh 5 peratus untuk mencecah 77 juta unit.

Apple akan mencapai 81 juta unit, satu pertiga daripada jualan adalah model iPhone X.

Filed in: Luar Negara, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen