12:06 pm - Tuesday January 23, 2018

Kerja rancangan tebatan banjir di susur masuk AKLEH

AKLEH_cropped.transformed_cropped.transformedMO, 11/1/2018, KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memulakan kerja rancangan tebatan banjir di susur masuk Jalan Tun Razak secara berperingkat bermula esok.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), dalam kenyataan di sini, hari ini, berkata jadual penutupan di susur masuk Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) bermula jam 11 malam hingga 4 pagi, mengikut tarikh tertentu

iaitu 12 hingga 14 Januari, 19 hingga 22 Januari dan 26 hingga 29 Januari.

Justeru, laluan alternatif ke Jalan Tun Razak adalah menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng, manakala untuk ke Jalan Sultan Ismail (pusat bandar raya) menerusi Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mengguna laluan alternatif ke pusat bandar sepanjang tempoh kerja berkenaan berlangsung.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik, dan web www.prolintas.com.my serta Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen