1:46 am - Tuesday August 22, 2017

Kes Rabies di Sarawak terkawal

353705800918

 

MO, 7/8/2017, KUALA LUMPUR –┬áKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan situasi wabak penyakit anjing gila atau Rabies di Sarawak adalah terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramanian, berkata berdasarkan laporan terkini yang diterima daripada Jabatan Veterinar Sarawak, tiada kes baharu dilaporkan berlaku di negeri itu.

“Pemeriksaan ke atas anjing di kawasan Bau, berdekatan Kuching menunjukkan bacaan negatif untuk Rabies.

“Ini adalah suatu perkara yang baik. Kalau keadaan ini kekal dan tiada lagi bukti anjing dijangkiti virus itu, kita boleh anggap kawasan berkenaan adalah terkawal.

“Bagaimanapun, kita masih belum boleh mengisytiharkan kawasan ini bebas sepenuhnya daripada penyakit anjing gila sehinggalah kementerian mendapati tiada kes baharu dilaporkan dalam masa dua tahun,” katanya kepada media selepas melancarkan Kempen ‘Suku Suku Separuh di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa’.

 

Filed in: Kesihatan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen