7:42 pm - Monday October 23, 2017

KISAH DS ROSMAH MANSUR DI USA

tan s

  1. Anda pasti tidak boleh lupa fitnah cincin ke atas DS Rosmah yang difitnah oleh Rafizi Ramli. Selama bertahun-tahun isu cincin digunakan dengan harapan rakyat akan terpengaruh. Namun begitu, apabila tuduhan itu dibawa ke mahkamah, amat pelik apabila Rafizi Ramli berkata tuduhan itu dia hanya main-main sahaja. Apa jenis manusia Rafizi ini buat begini (1)!
  1. Hari ini, selepas semua cara tidak berjaya untuk menjatuhkan DS Najib, mereka kembali menggunakan kaedah lama iaitu memfitnah semula DS Rosmah. Kali ini menggunakan sumber negara asing iaitu DOJ (2). Saya membaca berkali-kali saman setebal 251 halaman itu, namun tidak ada satu perkataan pun menyebut nama DS Rosmah Mansur ataupun DS Najib.
  1. DOJ hanya mengaitkan secara indirect dengan istilah MO1 dengan individu-individu yang berurusniaga dengan syarikat 1MDB. DOJ boleh menyaman individu-individu tersebut jika mengesyaki mereka melakukan pencatutan atau sumber dana yang meragukan. DOJ tidak berani menyaman DS Najib atau DS Rosmah kerana mereka sendiri tahu kedua-duanya tidak terlibat. Sebab itu mereka mengambil jalan selamat dengan mencipta istilah MO1. Presiden Trump sendiri banyak bertentangan dengan DOJ seperti dalam isu hubungan sulit dengan Rusia dan isu kempen Presiden 2016 (3).
  1. Ahli Parlimen DAP, Dr. Tan Seng Giaw bertanya semula kepada media yang membuat provokasi, kenapa perlu menyiasat Perdana Menteri sedangkan tidak ada bukti-bukti yang Perdana Menteri terlibat. Bagi Dr. Tan Seng Giaw, yang perlu disiasat ialah pengurusan dan ahli lembaga pengarah 1MDB. Pemimpin-pemimpin pembangkang terkedu dengan penerangan Dr. Tan Seng Giaw (4).
  1. Ketika Perdana Menteri melawat New York 2 tahun lalu, kami yang duduk di USA menyambutnya dengan ala kadar sahaja. Tidak ada karpet merah. Tidak ada sofa khas. DS Rosmah duduk di tempat orang ramai sambil menanti DS Najib menghabiskan ucapannya. Ketika makan pun DS Rosmah berbaris seperti orang lain berbaris. Malah DS Najib selepas berucap pun berbaris mengambil makanan dan berdiri sambil minum petang bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain. Bacaan semula anda di sini .
  1. Malah anak perempuan DS Najib dan DS Rosmah pun belajar di universiti lama di Amerika Syarikat. Di dewan kuliah, anak beliau tidak menonjolkan diri malah sangat low profile. Apabila ditegur, beliau gembira kerana bertemu rakyat Malaysia. Di sebelah universiti di Philadelphia terdapat sebuah Hotel Apartment Hilton yang eksklusif, dia tidak pun duduk di situ. Apabila cuti anak beliau balik ke Malaysia membantu program bahasa Inggeris dalam program-program PERMATA.
  1. Semasa saya ke Washington DC baru-baru ini, saya bertemu Duta negara kita Tan Sri Zulhasnan dan beliau menyatakan betapa hubungan Presiden Trump dengan Perdana Menteri semakin bertambah baik. Malah ketika perbualan telefon antara Presiden Trump dengan DS Najib, mereka berdua menyatakan komitmen masing-masing untuk meneruskan kerjasama dengan lebih baik. Baca semula di sini .
  1. Ketika di New York, saya dimaklumkan betapa DS Rosmah sangat letih kerana terpaksa mengiringi suami ke majlis-majlis rasmi siang dan malam, saya sendiri melihat DS Rosmah menahan sakit kerana banyak berjalan mengikuti program rasmi. Namun, DS Rosmah menggagahi juga untuk turut serta bertemu pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat. Beliau tidak mahu menghampakan rakyat Malaysia.
  1. Dalam satu majlis ceramah baru-baru ini, DS Rosmah sanggup duduk mendengar ceramah dan mengikuti aktiviti motivasi selama 3-4 jam. Beliau tidak berganjak meninggalkan majlis. Beliau menyantuni penganjur, isteri-isteri wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan walaupun penceramah program hanya pegawai-pegawai kerajaan biasa sahaja.
  1. Kesimpulan, anda mahu menjadi Rafizi Ramli dalam kes fitnah cincin dan pelbagai kesalahan maklumat? atau anda mahu berfikiran rasional seperti Dr. Tan Seng Giaw !

KLIA-Putrajaya.

Rujukan:-

  1. https://sg.news.yahoo.com/diamond-ring-remark-joke-says-230005394.html dan http://www.utusan.com.my/berita/politik/rafizi-minta-maaf-silap-namakan-individu-1.488147
  1. Case2:17-cv-04438, Filed 06/15/17
  1. http://fortune.com/2017/03/14/justice-department-trump-wiretap-evidence/
  1. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/07/pac-najib-not-accountable-over-1mdb-dealings/

SUMBER BERITA

Filed in: Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen