3:45 am - Saturday April 29, 2017

KISAH NAJIB BERSWAFOTO DAN KISAH MANDEEP SINGH

SWAFOTO

Swafoto – Gambar Hiasan

1. Bahang PRU14 negara kita semakin terasa, bukan sahaja parti-parti politik semakin rancak tetapi jua rumah-rumah kosong tepi jalan, pondok-pondok usang, warung-warung di simpang empat, penjual goreng pisang, air kelapa semuanya bersiap sedia menyewakan premis masing-masing. Siapa cepat dia dapat lokasi yang strategik.

2. Begitulah meriahnya PRU di Malaysia. Saya teringat poster kempen Pilihanraya di USA, jika berjalan-jalan di bandar atau di kawasan perumahan sangat sedikit dan kadangkala tiada langsung. Mereka punya cara lain berkempen.

3. Saya mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Mandeep Singh Karpal Singh di sini mengenai masa hadapan parti pembangkang. Saya juga dapat melihat kemahuan pakatan pembangkang kali ini untuk menang dalam PRU14 ini tidak sekuat aura semasa PRU 2008 dan PRU 2013.

4. Saya bersetuju dengan Mandeep Singh Karpal Singh bahawa kehadiran Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin tidak membawa apa-apa nilai tambah kepada Pakatan Harapan. Anda boleh lihat sendiri, orang-orang Melayu berpusu-pusu memberi sokongan kepada DS Najib ke mana sahaja beliau pergi. Beberapa minggu lalu, acara Muhyiddin di Dewan Po An Kong, Pangerang lebih banyak kerusi kosong daripada berisi.

5. Anak-anak muda dan siswazah dalam dan di luar negara, berebut-rebut untuk berswafoto dengan DS Najib. Semasa di New York hari itu, saya menyaksikan pelajar dan rakyat Malaysia dari jauh meredah kesibukan kotaraya NY sanggup datang dari jauh untuk bertemu DS Najib, mereka gembira dan memberi sokongan.

6. Kelihatan di mana-mana, orang-orang Melayu dan orang Islam lebih selesa dengan gandingan UMNO-PAS berbanding gandingan Parti Pribumi-DAP atau gandingan PAN-DAP. Kesabaran dan ketenangan Najib telah memikat hati mereka, berbanding ketidaksabaran, caca-merba dan kelam-kabut di kem-kem pembangkang.

7. Tanda-tanda kebobrokan parti pembangkang menjelang PRU14 nanti boleh dilihat dengan melihat kembali peristiwa-peristiwa terdekat beberapa tahun lalu.

8. Antaranya kemenangan besar BN di Sarawak di mana DAP dan PKR merosot sangat terok. Begitu juga semasa PRK sungai Besar, di mana DAP kalah di kawasan bandar walhal di situ lah kubu kuat DAP. Manakala BN menang besar dengan majoriti 9,191 undi. Begitu juga peristiwa kekalahan besar PAN di Kuala Kangsar di mana BN menang malah majoriti bertambah kepada 6,969 undi.

Konflik DAP

9. Benar kata Mandeep Singh Karpal Singh, kapal dan nakhoda Pakatan pembangkang kini terumbang-ambing. Tidak semena-mena 4 Wakil Rakyat DAP keluar parti dan ianya menggoncang keyakinan ahli-ahli DAP.

10. Apakah konflik dalaman DAP yang disembunyikan? Benarkah kumpulan Ngah dan Ngeh tidak sebulu dengan kumpulan Lim? Adakah Mandeep Singh Karpal Singh dan 4 wakil rakyat DAP yang keluar parti mewakili kumpulan yang tidak bersetuju dengan kerjasama DAP-Tun Dr. Mahathir?

11. Mandeep Singh Karpal Singh berkata, dalam isu yang sama pun Tun Dr. Mahathir dan Muhyiddin bercakap tidak senada. Apabila DAP bercakap Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun M berkata itu bukan hak DAP menentukannya. Akhirnya rakyat menjadi bingung.

12. Mandeep Singh Karpal Singh dapat melihat dalam kem pembangkang sekarang jelas menunjukkan perjuangan kepentingan peribadi telah dijadikan kepentingan utama.

13. Jika DS Najib dan BN memenangi sekurang-kurangnya 157-177 kerusi parlimen dalam PRU14 nanti, Mandeep Singh Karpal Singh telah menunjukkan faktor-faktornya di atas. Ianya bukan disebabkan 40,000 Bangladesh.

Selamat Berhari Minggu

Selamat Membaca

KLIA

12 Mac 2017.

SUMBER

Filed in: Kolum Khas, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen