Operasi dan pemeriksaan akan dijalankan di seluruh negara bagi memastikan tiada pihak menyeleweng bekalan minyak masak termasuk yang bersubsidi. Semua pihak bertanggungjawab dan bersama-sama KPDNKK memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan dijual dengan harga munasabah. Bekalan minyak masak bersubsidi akan berhadapan masalah kekurangan bekalan disebabkan oleh pihak yang tidak jujur melakukan penyelewengan termasuk mengeksport ke luar negara.

Bekalan minyak masak di negeri lain sudah pulih, namun belum pulih sepenuhnya untuk negeri Sabah. KPDNKK masih menerima aduan kekurangan bekalan minyak masak di beberapa daerah di Sabah dan aduan lain yang diterima adalah minyak masak bersubsidi 1 kilogram yang sepatutnya dijual pada harga RM2.50 tetapi dijual RM2.90 ke atas. KPDNKK memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan yang tegas untuk menanganinya.