7:07 pm - Tuesday May 30, 2017

Kubur digali semula untuk bedah siasat kedua

images (18)MO, 19/5/2017, JOHOR BAHRU –┬áKubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari semalam.

Ia dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel daripada kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah. Bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan yang terletak di Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul dua petang semalam. Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin. Pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong. Mas Ariff hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain.

Hasil bedah siasat kedua Allahyarham dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu lagi. Bedah siasat itu dilakukan pasukan forensik patologi ketika ini bagi mengetahui punca sebenar kematian Mohamad Thaqif selepas masih tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pertama.

Filed in: Kesihatan, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen