7:34 pm - Monday October 23, 2017

Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang

51507646322_LacurAnakMO, 11/10/2017, KUALA LUMPUR – Seorang ibu muda berusia 30 tahun tergamak melacurkan anak sendiri hanya kerana ingin melangsaikan hutang.

Mangsa yang berusia 14 tahun bekerja di sebuah pusat karaoke dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Lawas, Sarawak oleh ibunya dan pemilik pusat karaoke berkenaan. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, mangsa melihat lelaki berkenaan membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar April lalu dan mangsa mendakwa lelaki tersebut telah merogolnya sebanyak tiga kali di sebuah bilik di hotel. Mangsa keluar daripada hotel itu pada keesokan harinya dan tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya.

Kejadian ini baru diketahui oleh ketua kampung di mana mangsa tinggal yang kemudian membawanya ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan. Susulan laporan berkenaan polis menahan ibu mangsa dan juga pemilik pusat karaoke berkenaan pada Ahad dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Tambah Dev, pihaknya turut menahan suspek lelaki yang dipercayai melakukan hubungan seks dengan mangsa selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Filed in: Dari Bumi Kenyalang, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen