12:09 pm - Tuesday January 23, 2018

Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan

81501748088_TransitAliranMassa

MO, 3/8/2017, KUALA LUMPUR –┬áDatuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedang berusaha menyempurnakan laluan kedua Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Perdana menteri berkata usaha kerajaan Barisan Nasional tidak terhenti dengan siapnya laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang telah dibuka sepenuhnya bulan lepas.

“Fokus kita sekarang adalah untuk ‘deliver’ (laksanakan) laluan kedua kepada rakyat iaitu MRT SSP yang bakal memanfaatkan lebih kurang dua juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Sungai Besi, Seri Kembangan dan Cyberjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru dalam laman blog rasmi beliau najibrazak.com hari ini.

Najib berkata berdasarkan kajian, laluan MRT SSP sepanjang 52.2km dengan 37 buah stesen ini bakal mencatat 529,000 penumpang sehari apabila siap beroperasi pada suku kedua 2022 kelak.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen