9:34 pm - Wednesday February 21, 2018

Laluan sekitar TRX ditutup sementara hari ini

Tun-Razak-Exchange-TRX-Logo_copy.transformed_0MO, 23/1/2018, KUALA LUMPUR: Beberapa laluan berhampiran tapak projek Tun Razak Exchange (TRX) akan ditutup dan dilencongkan sementara secara berperingkat bermula hari ini bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan zon kewangan terulung negara itu.

TRX City Sdn Bhd (TRX City), dalam satu kenyataan, memaklumkan gangguan aliran trafik sementara secara berperingkat di tiga laluan itu disebabkan kerja-kerja pemasangan paip air bagi projek pembinaan infrastruktur zon pembangunan TRX.

“Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda keselamatan dan tanda arah sementara bagi mengelak sebarang kekeliruan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali,” menurut kenyataan itu.

Laluan pertama yang terbabit ialah sebahagian laluan susur keluar dari Jalan Kampung Pandan ke Jalan Tun Razak di Bulatan Kampung Pandan bermula 26 Januari hingga 9 Februari depan dalam dua peringkat bermula 10 malam hingga 5 pagi.

Laluan kedua pula ialah sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak dan Jalan Cochrane yang akan ditutup dan dilencongkan dalam tiga peringkat bermula hari ini hingga 9 Februari depan juga pada waktu yang sama.

Laluan terakhir yang akan mengalami gangguan trafik ialah sebahagian laluan susur kiri ke Jalan Sultan Ismail dari Jalan Yew dengan penutupan dilakukan dalam tiga peringkat bermula hari ini hingga 9 Februari dari 10 malam hingga 5 pagi.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen