3:11 pm - Monday November 23, 3418

LANTIKAN BAHARU: PM DAN KSN UTAMAKAN NEGARA & RAKYAT, BUKAN SENTIMEN KAUM

ali-hamsa-ksn-najib

PM & KSN UTAMA KEPENTINGAN NEGARA & RAKYAT DALAM PERLANTIKAN BAHARU DALAM JABATAN KERAJAAN

Pentadbiran awam di negara Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia melibatkan imbuhan gaji, bonus, elaun, kemudahan kesihatan, insuran, pendidikan, jaminan keselamatan, kenaikan pangkat dan sistem pencen.

Perlantikan dan pertukaran adalah perkara biasa di dalam perkhidmatan kerajaan. Ianya berlaku untuk memastikan kelancaran sesebuah jabatan dalam merealisasikan agenda rakyat dapat mencapai sasaran dengan cepat dan tepat. Kelemahan sesebuah agensi kerajaan bukan sahaja memberi implikasi negatif kepada kerajaan, tetapi akan merugikan negara dan rakyat. Perkara inilah yang cuba dielakkan oleh PM dan KSN dalam melantik seseorang mengetuai sesuatu jabatan kerajaan.

Perlantikan seseorang ke sesuatu jawatan adalah hak eksklusif YAB Perdana Menteri. Dalam hal ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai ketua kepada perkhidmatan awam di Malaysia mempunyai kuasa yang besar untuk menerima cadangan dari pihak yang berautoriti seperti Menteri untuk melantik mereka yang berkelayakan bagi menjalankan tugas di mana-mana jabatan baru.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan dilemparkan kepada Kerajaan mengenai isu pertukaran dan perlantikan seseorang ke jabatan yang baharu. Dalam hal ini, sentimen perkauman, agama dan fahaman politik bukan menjadi asas kepada perlantikan seseorang. Sentimen itu bukan amalan dalam kerajaan Malaysia.  Amalan Kerajaan Malaysia ialah untuk memastikan perlantikan seseorang akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan seterusnya negara dan rakyat akan menerima faedahnya.

Kerajaan boleh menerima cadangan daripada mana-mana pihak seperti Menteri tetapi akhirnya yang menilai dan memutuskan cadangan itu ialah YAB Perdana Menteri dan KSN selepas melihat dari semua sudut seperti sejarah perkhidmatan, latarbelakang perkhidmatan, pengalaman, tatatertib dan sebagainya. PM dan KSN sudah pasti akan memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara dalam memutuskan sesuatu cadangan perlantikan seseorang. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak yang menuduh PM dan KSN tidak prihatin dalam hal ini.

Di pihak kakitangan kerajaan pula, adalah lumrah kepada mereka untuk menurut perintah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan masing-masing. Keakuran kakitangan kerajaan kepada kerajaan semasa amat penting dalam memastikan kelancaran sesebuah pentadbiran kerajaan. Kita tidak mahu menjadi sebuah kerajaan yang porak-peranda seperti sesetengah negara kerana ketidakpatuhan sesetengah kakitangan kerajaan mereka kepada Kerajaan yang memerintah.

Al-Azharrisiddiq.com

 

 

 

 

Filed in: Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen