3:13 pm - Monday December 16, 1901

Lelaki bawah pengawasan polis ditahan miliki empat pistol, 151 biji peluru serta dadah

pistol7_field_image_listing_featured.variantMO, 7/12/2017, PULAU PINANG  – Seorang lelaki yang berada bawah pengawasan polis ditahan selepas serbuan di kediamannya di Taman Idaman, Simpang Ampat di sini menemukan empat pucuk pistol bersama 151 biji peluru hidup pelbagai jenis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam serbuan oleh sepasukan anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) kira – kira pukul 3 pagi itu, turut ditemukan dua bungkus dadah dipercayai heroin dan ketamin masing – masing seberat 573.9 gram dan 26.7 gram yang dianggarkan bernilai RM11,500.

“Polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi, sebuah motosikal Honda, jam tangan dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM34,700,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut merampas tiga pasang gari dan kunci gari manakala dua wanita masing-masing berusia 33 dan 59 tahun serta dua kanak-kanak berusia 13 dan empat tahun turut ditahan.

Katanya, lelaki berkenaan memiliki lima rekod jenayah lampau itu memaklumkan kesemua barangan berkenaan milik rakannya yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen