9:31 pm - Wednesday February 21, 2018

Lelaki hina Islam, Melayu dalam FB ditahan

HINA_ISLAM_SIMPANG_DURIAN_48831009.jpg.transformedMO, 23/1/2018, JELEBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Simpang Durian di sini, awal pagi semalam, kerana dipercayai memuat naik status yang menyinggung perasaan umat Islam dalam laman Facebook miliknya.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek ditahan jam 1.30 pagi berikutan laporan polis dibuat seorang guru berusia 53 tahun kira-kira dua jam sebelum itu.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit bersama dua kad sim daripada suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah harta benda.

“Dia direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya semalam.

Selain dipercayai menghina agama Islam, beliau berkata, suspek didakwa melakukan provokasi terhadap orang Melayu melalui statusnya dalam laman sosial itu.

Filed in: Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen