8:25 am - Wednesday April 25, 2018

Liga Arab desak lancar siasatan senjata kimia Syria

43396632_303.jpg.transformedMO, 16/4/2018, DHAHRAN: Pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Liga Arab, semalam menggesa siasatan antarabangsa dilakukan ke atas penggunaan senjata kimia di Syria.

Ia juga mengutuk apa yang dilihat sebagai campur tangan Iran dalam hal ehwal negara lain.

Arab Saudi dan Iran sudah lama terbabit dalam permusuhan dan kini berperanan sebagai proksi perang di beberapa negara termasuk Yaman dan Syria.

“Kami menekankan kecaman ke atas penggunaan senjata kimia terhadap penduduk Syria dan menuntut siasatan antarabangsa bebas untuk menjamin pelaksanaan undang-undang antarabangsa terhadap sesiapa terbukti menggunakan senjata kimia,” menurut kenyataan yang diedarkan kepada wartawan.

Ia menegaskan keperluan penyelesaian politik kepada perang di Syria.

Arab Saudi dan sekutunya menyatakan sokongan kepada serangan peluru berpandu oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis kelmarin terhadap kemudahan senjata kimia di Syria, manakala Iraq dan Lubnan mengutuk operasi itu.

Damsyik menafikan ia menggunakan atau memiliki senjata kimia dan menyifatkan serangan sebagai tindakan pencerobohan. – Reuters

Filed in: Luar Negara, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen